27 Mac 2009

Madrasah Nurul Huda, Madura perlu bantuan segera

MADRASAH Ibtidaiyah Diniyah Nurul Huda, Madura, Jawa Timur, memohon sumbangan rakyat negara ini bagi mempertingkatkan kemudahan prasarana untuk menampung keperluan pelajarnya yang semakin bertambah.

Mudir madrasah berkenaan, Ustaz M Sufyan Tsauri yang berkunjung ke negara ini sejak sebulan lalu untuk mengutip derma mengharapkan sikap dermawan rakyat Malaysia dapat membantu menyiapkan bangunan baru pusat pendidikan itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang pernah melawat Madrasah Nurul Huda itu, beberapa tahun lalu, turut merayu bantuan agar bangunan baru bernilai 150 juta rupiah dapat disiapkan menurut jadual.

"Saya melawat sendiri madrasah berkenaan, memang ia perlukan bantuan segera. Penduduk kampung Olbek, kecamatan Geger di Madura bergantung harap dengan madrasah itu," kata Ahmad Lutfi.

"Keadaan penduduk di sana agak daif, pusat pengajian untuk anak-anak mereka amat perlukan sokongan umat Islam di Malaysia bagi memastikan generasi baru berilmu dan berkemampuan menghadapi cabaran semasa," tambah Lutfi lagi.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun Maybank 114226216332, atas nama Rozani Morad.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Silakan memberi komentar anda. Moga ianya akan terus bersama membina keyakinan untuk perjuangan.